feminisme

Sarjana Feminis Tuduh Agamawan Kurang Citation Wanita, Rupa – rupanya Beliau juga Sama.

Kecia Ali merupakan seorang sarjana ‘feminis Muslim’ yang antara lain menjadi rujukan organisasi Sisters in Islam. Beliau mengungkapkan beberapa pandangan kontroversiseperti membenarkan Muslim untuk menolak amalan sunnah apabila bertentangan dengan etika kontemporari, serta mengatakan syariah sebagai ‘ciptaan manusia yang dirunding dalam konteks manusia’.

Baru – baru ini, beliau menimbulkan satu tuduhan terhadap ahli – ahli akademik Muslim lelaki yang lain, seperti Dr Jonathan Brown, kerana mengamalkan misogyny, atau prejudis terhadap wanita. Alasannya? Kerana citation buku – buku mereka dirasakan sedikit sekali daripada wanita.
Lalu untuk memberi respon terhadap tuduhan ini, Daniel Haqiqatjouyang merupakan penyelidik Muslim dengan kepakaran terhadap feminisme, membuat satu kajian.
Beliau meneliti sendiri kekerapan Kecia Ali membuat citation daripada wanita – wanita dalam hasil tulisan beliau. Daniel Haqiqatjou mengira satu persatu, dan ini dapatan beliau:
“Saya mulakan dengan indeks buku beliau ‘Perkahwinan dan Perhambaan dalam Islam’. Ini adalah buku yang membincangkan panjang lebar mengenai isu – isu wanita, dan bagaimana hukum Islam melayan wanita dalam konteks perkahwinan dan perhambaan. Maka wajarlah kita menjangkakan rujukan nama – nama wanita seimbang bilangannya dengan rujukan nama – nama lelaki.
Mengejutkan, apabila rupa – rupanya tidak seimbang. Untuk setiap wanita yang dinamakan dalam indeks, terdapat dua lelaki yang disebut (67% lelaki, 33 % wanita).
Saya fikirkan, itu hanyalah satu buku. Tak wajar untuk terus membuat kesimpulan. Maka saya buka pula buku beliau ‘Etika Seksual dan Islam, Refleksi Feminis terhadap Quran, Hadis dan Fiqh’. Ini adalah buku yang khusus mengenai pandangan feminis. Saya fikirkan, sudah pasti banyak nama wanita yang dipetik.
Tapi sekali lagi, bagi setiap wanita yang Kecia Ali namakan, beliau merujuk kepada dua lelaki (68% lelaki, 32% wanita).
Pada ketika ini, kepelikan melanda pemikiran saya. Adakah Kecia Ali seorang misogynist secara rahsia?
Mustahil! Pasti ada sebab! Mungkin Kecia Ali tak tulis indeks beliau sendiri, saya menenangkan hati. Mungkin kita boleh peroleh keseimbangan antara citation lelaki dan wanita beliau dalam teks asal, tapi mungkin ada pelajar beliau yang terlepas pandang sewaktu mengumpulkan indeks.
Maka saya pun membuka bibliography buku Etika Seksual dengan harapan dapat menyelesaikan krisis ini. Ini adalah tulisan – tulisan yang Kecia Ali rujuk dalam kajian – kajian beliau. Sudah pasti tidak mungkin, dalam menulis buku ‘Refleksi Feminis’, Kecia Ali merujuk pada kesarjanaan lelaki lebih daripada wanita bukan?
Salah. Sekali lagi, terdapat pecahan 2 kepada 1 bagi pihak lelaki, walaupun setelah mengambil kira sumber sekunder. Saya fikirkan, wow, patriarki begitu kuat sehingga ini menerobos buku yang ditulis khas untuk menentangnya!
Satu perkara yang saya ingin katakan adalah: Anda tak malu kah, Professor Ali?
Kedua – dua buku ini didedikasikan secara khas untuk membincangkan isu – isu wanita tapi beliau hanya membuat citation wanita separuh daripada citation lelaki. Adakah ini bermakna beliau menganggap kesarjanaan wanita hanyalah separuh pentingnya daripada lelaki? Tapi tanpa segan, beliau meminta ahli akademik lain – yang tak menulis buku berkenaan topik wanita dan feminisme pun – untuk lebih ‘seimbang’ dan ‘inklusif’/
Saya terkejut tiada siapa yang membongkarkan double standard ini.
Feminis mungkin akan mencelah di sini “Beliau tak dapat merujuk kepada lebih banyak sarjana wanita kerana wanita secara sengaja dihalang daripada bidang akademik secara sistematik oleh patriarki!!!”
Maka kalau kita ingin mempertahankan Kecia Ali kerana alasan demikian, maka mengapa ahli akademik lelaki lain yang diserang beliau tidak menerima layanan yang sama?
Pada akhirnya, kata – kata Kecia Ali adalah definitif:
“Pengiraan indeks adalah alatan yang tidak sempurna tetapi nombor kadang kala memberi hujah pada cara yang tidak dapat dicapai oleh bukti kualitatif”
Benar. Tepat sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close